Thursday, July 8, 2010

sem baru??

Assalamualaikum…

To my readers, semoga di rahmati Allah selalu..

Penat betol ari nih..tapi xpe,kerja yang diamanahkan tu, mesti kene wat kerana Allah..tol x? dah..jgn nk merungut..


Actually, I would like to talk about sem baru??

Tinggal 3 ari je lagi untuk aku bersuka ria..hampir 2 bulan gak aku cuti sem..nak kate seronok tu,hurmm..sonok gak.tp,ade la kdg2 tu bosan dok umah.ye la, mane x nye makan tido makan tido on9..on9 la y aku slalu wat mase cuti ari tuh..biase la hobi y xleh d tinggalkn.lg2 ble berokben ni aku yg pegang..hahaha..0n9 je manjang aku nih...


eh, kate nk ckp pasal sem baru,tp melencong pasal cuti plak..ni, kalo wat karangan bm time pmr ni mesti xdpt A.haha..padan muka aku..


Naik sem baru ni, aku da third year…mcm x caye plak kn..rase mcm sabtu lps je aku dftr masuk usim nih..so, makin jd senior ni..subject pon makin tough..fuhh..sume pasal chemistry,ade la 2 subject yg bukan kimia..1 pasal pengenalan pengurusan perniagaan dan 1 lagi halaqah..




Sebenar nye kan..aku x sabo nk tggu ari isnin nih..knp??hahaa..sbbnye aku da x sabo nk jmpe classmate2 aku..windu btol aku ngan korg..especially to girlz ok,seyes eh..x tipu..korg kn ramai yg dok uma sewa skrg ni.so,tyme kat kampus je la aku leh jmpe korg2 taw..



.

X sabo rase nye aku nk g class senin ni… haha..semangat berkobar kobar ni..awl2 sem je semangat..t,da nk dkt akhir sem mula lah ckp ble la nk abis sem ni..tiap sem aku ckp bende yg same..haha..k lah sampei cni je aku nk omong2 kosong.



.

InsyaAllah,blog yg aku wat ni akn ku isi ngan sedikit pengisian utk kte kongsi bersame ye..

Pengisian hari ini adalah lancarkan impian mu..

from motivasibelajar.com

“99% kegagalan datang dari orang-orang yang suka memberi alasan.” ~George Washington Carver~

Ada dua perkara yang anda boleh faham tentang mutiara kata ini. Pertama, jika anda suka memberi alasan tentang apa sahaja, anda mungkin masih gagal mencapai apa yang anda inginkan sampai ke hari ini.

Kedua, jika anda masih lagi gagal mencapai apa sahaja yang anda inginkan, fikir semula, adakah anda suka memberi alasan atas kegagalan anda? Jika ya, berhenti mencari alasan. Tumpukan tenaga anda kepada mencari jalan untuk mencapai kejayaan dan mencapai apa sahaja yang anda inginkan. :)

Ada beberapa soalan untuk anda dan aku fikirkan mengenai kejayaan.

1. Adakah kita selalu melihat kejayaan orang lain dan terfikir bilakah kejayaan itu akan menjadi milik kita pula?

2. Adakah kita selalu bersorak, gembira dan bercerita tentang kejayaan orang lain sedangkan kita tidak berbuat sesuatu untuk mencapai kejayaan tersebut itu sendiri?

3. Adakah kita selalu menunggu waktu yang sesuai dan sempurna untuk memulakan usaha mencapai kejayaan?

4. Adakah kita selalu merungut dan mengeluh tentang nasib baik orang lain dan masalah yang sering melanda diri kita?

Soalan terakhir,

5. Apakah yang sanggup kita lakukan agar impian agung kita terus meluncur ke arah destinasi yang kita harap-harapkan?

Nasihat kepada diri ku sendiri, jika aku mahu berjaya, berhenti merungut, tentukan impian yang ingin dicapai dan lancarkannya. Lancarkannya dengan bersungguh-sungguh agar ia mampu meluncur laju menuju destinasinya. Bagaimana dengan nasihat anda kepada diri anda sendiri pula?

“Orang yang benar-benar berilmu sangat merendah diri semasa mempelajari sesuatu”.